Bersalin dengan mudah adalah harapan setiap wanita yang telah berkahwin. Namun mudah atau sukar itu sememangnya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Walaupun begitu, tidak salah kiranya kita sebagai hambaNya berusaha untuk menghadapi saat bersalin itu dengan persiapan yang secukupnya termasuklah persiapan dari segi fizikal dan mental.
Di sini kami kongsikan pengalaman sebenar seorang hamba Allah yang mana Allah mudahkan urusan bersalinnya. Berikut adalah antara tipsnya:-
TIPS MUDAH BERSALIN
1. BUAT SENAMAN RINGAN
Rajinkan diri untuk membuat senaman ringan atau kerja rumah yang ringan setiap hari. Contoh mengemas, menyapu, ini insyaAllah boleh membantu cepatkan proses bersalin
2. ELAKKAN TERLALU BANYAK REHAT ATAU BARING
Walaupun sebenarnya semasa mengandung tubuh badan seseorang tidak mampu untuk membuat kerja seperti wanita yang biasa, namun perlu di ingatkan supaya wanita mengandung ini juga tidak digalakkan suka berbaring atau terlalu banyak berehat. Lagi aktif lagi mudahlah kita bersalin nanti. Tapi ingat, jangan terlalu lasak pulak ya
3. POSITIF & FIKIR YANG BAIK-BAIK
Elakkan bercakap benda negatif, atau dekat dengan orang yang negatif. Selalulah positif dan cool. Perkara ni penting taw, fikir yang baik-baik in shaa Allah perjalanan bersalin Allah mudahkan . Terutama semasa di dalam labour room cuba untuk tenang dan relaks sahaja.
4. MAKAN MAKANAN PEDAS
Boleh cuba tips ni kalau ibu-ibu yang sudah hampir due date tetapi baby masih tak beri hint nak keluar lagi.
5. KERAP BERSAMA SUAMI
Rasanya rata-rata ibu memang sudah sedia maklum ni antara ‘selusuh’ paling original yang boleh mempercepatkan proses bersalin.
Ni antara petua orang lama, paling elok 37w ke atas ya.
6. MINTA MAAF DENGAN SUAMI & SEMUA ORANG
Ini paling penting sebelum bersalin, pastikan sempat minta maaf dengan suami, minta doakan isteri mudah bersalin. Jangan lupa minta maaf dengan semua orang jugak taw.
7. MAKAN KURMA & AIR ZAMZAM
Seeloknya diamalkan makan kurma dalam bilangan ganjil dengan air zamzam sepanjang hamil.
8. BERENDAM DENGAN AIR SUAM
Ini tips untuk bagi bukaan bawah lembut and senang bersalin taw. Berendam seketika terutamanya waktu sakit contraction anda sudah bermula. Pakai bathtub baby je pun boleh.
9. JANGAN MENERAN & KAWAL PERNAFASAN
Pastikan masa sakit contraction tu, jangan teran ikut suka. Jika waktu tu dah sakit sangat, tolong jangan gelabah. Cuba untuk bertenang, kawal pernafasan, tarik nafas & hembus je perlahan-perlahan. In shaa Allah boleh kurangkan sikit rasa sakit contraction tu. Jangan sesekali angkat pinggul masa nak teran taw, sebab yang ni boleh sebabkan miss v koyak teruk nanti. Ikut je nasihat doktor/nurse.
10. AMALAN MINUM MINYAK KELAPA DARA
Hakikatnya terdapat banyak manfaat dalam Minyak kelapa dara. Antaranya, ada ibu-ibu yang gunakan minyak ni untuk buat urutan perineum. Cubalah untuk elakkan koyakan atau koyakan yang teruk masa bersalin.
11. PERANAN SUAMI
Ingatkan suami untuk sama-sama bagi semangat pada isteri masa tiba hendak bersalin. Bagi kata-kata positif. Jangan tetiba suami pun panik sekali. Bila terasa sakit genggam tangan suami, waktu ni peranan suami penting sangat untuk bagi mood gembira kat isteri.
12. BANYAKKAN ZIKIR & DOA MUDAH BERSALIN
Lepas solat, boleh amalkan baca Alfatihah, Selawat Nabi 11x, Alam Nashrah 7x, 3qul, Ayatul Kursi, Alfatihah semula kemudian bacalah apa-apa doa mudahkan proses dan kurangkan sakit bersalin. Boleh juga amalkan doa nabi yunus & doa maryam, baca yasin. Seterusnya, waktu sujud terakhir doalah minta Allah mudahkan urusan bersalin dan pelihara anak dalam kandungan jadi anak yang soleh/solehah.
Masa sakit contraction kerap tu jangan layankan sangat, cuba relaks dan baring mengiring ke kiri, banyakkan zikir nabi yunus,
Sambil tu hembus ke perut dan usap turun ke bawah. In shaa Allah, boleh kurangkan sakit & cepatkan bukaan.
Kesimpulannya, yang paling penting ibu-ibu kena PERCAYA dengan KEHEBATAN DIRI SENDIRI & KUASA ALLAH. Semuanya dengan izin Allah, kita ikhtiar.
Be positive, fikir yang baik-baik.
Semoga Allah mudahkan niat baik ibu-ibu untuk lahirkan anak dengan mudah tanpa koyak, tanpa jahit. Aamiin
Artikel ini telah disunting oleh iKeluarga, Sumber Asal Oleh: Greenscha Zaujah Hafiz