);

Sedarkah anda, tugas ibu bapa pada masa kini semakin hari semakin mencabar? Tambahan lagi di zaman siber yang serba canggih ini pelbagai isu berkaitan salah guna gajet atau internet ini sangat berleluasa. Ketagihan kepada bermain gajet atau menonton video di smarphone berada pada tahap kritikal. Bahkan Ibu-bapa sendiri berasa bimbang dan gusar kerana anak sudah tidak dapat di kawal penggunaannya.

Hakikatnya masalah ini akan terus berlaku sekiranya ibu bapa tidak tahu cara untuk menanganinya.
Di sini kami kongsikan 8 tips untuk mengawal anak bermain gajet untuk tindakan bersama. Antaranya adalah :-

Dedahkan Kebaikan Dan Keburukan
Jelaskan kepada anak baik dan buruknya penggunaan gajet atau media massa ini. Dedahkan juga kepada mereka baik dan buruknya penggunaan gajet ini terhadap sahsiah diri atau pun pembangunan sosial jika disalah gunakan oleh mereka.

Tentukan Masa Penggunaan
Tentukan masa yang spesifik untuk anak menggunakan gajet mengikut kesesuaian tahap umur mereka. Contohnya 20 minit setiap hari.

Set Jam Loceng
Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh menetapkan jam loceng bagi menentukan masa penggunaan anak terhadap gajet. Set kan jam loceng supaya anak peka dan memberi tindak balas pada masa yang telah ditetapkan. Kaedah ini memang disarankan oleh pakar psikologi. Lazimkan supaya lama-kelamaan anak-anak dapat menerimanya.

Dedahkan Laman Sesawang Atau Aplikasi Yang Berfaedah
Tunjukkan anak laman sesawang yang boleh mendatangkan manfaat kepada mereka dari aspek pembangunan ilmu pengetahuan,perkembangan emosi dan kerohanian

Dedahkan Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan
Jelaskan pada anak perkara yang boleh dilakukan dan perbuatan yang perlu dielakkan semasa menggunakan gajet atau melayari Internet. Seterusnya ibu bapa juga perlu tegas dalam mengawasi anak semasa menggunakan gajet dan melayari internet. Jadikan bimbingan dan teguran anda sebagai rutin untuk anak menggunakan gajet tersebut.

Denda Jika Melanggar Masa
Sekiranya anak anda tidak mematuhi peraturan penggunaan Smarphone, anda hendaklah mengenakan denda kepadanya, berikan denda yang bermanfaat seperti perlu membuat latihan, mengemas rumah, atau sebagainya.

Tutup Internet Mengikut Jadual
Sekiranya rumah anda menggunakan Wifi, anda perlulah bijak mengawal penggunaan internet, contohnya menutup internet pada masa-masa tertentu, atau membuat jadual penggunaannya.

Pastikan Tempat Terbuka
Pastikan juga anak menggunakan gajet di tempat yang terbuka atau tempat yang dapat dilihat oleh orang lain. Hal ini untuk memastikan ibu bapa dapat mengawasi apa yang dilakukan oleh anak tersebut

Secara kesimpulannya, mendidik anak dengan cara yang betul adalah kepuasan dan menghadirkan kenangan yang indah bagi ibu bapa. Anak adalah ujian daripada Allah SWT kepada setiap ibu bapanya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan yang terbaik untuk mereka. Atasi pengaruh negatif media mahupun internet supaya anak terhindar daripada perbuatan yang tidak bermoral.

Semoga anak kita menjadi anak yang menjadi saham akhirat dan membanggakan kita di kemudian hari nanti.. insyaAllah..
Semoga bermanfaat!