);

Hari jadi isteri kesayangan akan tiba tak lama lagi? Hari ulangtahun perkahwinan juga sudah tak lama lagi?suami masih tercari-cari hadiah apa yang sesuai untuk diberikan nanti. Saya cuba membantu anda. Di sini saya kongsikan tips tips untuk memilih hadiah untuk orang yang anda sayang

Antara 5 tips nya adalah:-

1- Barangan yang isteri/tunang/kekasih anda suka dan tidak pernah beli
Ada sesetengah barang yang pasangan anda suka tapi dia tidak pernah membelinya. Ini berkemungkinan kerana barang tersebut mahal dan dia berpendapat lebih baik dia gunakan wang yang ada untuk hal hal yang lebih penting terlebih dahulu. Jadi kejutan hadiah sebegini jika beliau terima sangat mengembirakan hatinya

2-Barangan yang isteri/tunang/kekasih anda suka dan gunakan
Barangan harian yang pasangan anda gunakan dan suka contohnya perfume atau skincare yang digunakannya. Macam mana anda hendak tahu barangan tersebut? senang.. perhatikan sahaja barang apa yang biasa beliau gunakan dan kerap membeli

3-Barangan yang isteri/tunang/kekasih anda suka dan kumpul
Jangan hairan ya,ada sesetengah pasangan yang suka membeli sesuatu barang sebagai koleksi nya. Contohnya pasangan anda suka mengumpul replika barangan vantage di rumah. Jadi apa kata untuk hadiah nya kali ini anda pulak yang hadiahkan set vantage itu kepadanya. Tentu dia akan gembirakan.

4-Barangan yang isteri/tunang/kekasih anda selalu bagi “hint” semasa keluar membeli belah semasa keluar membeli belah perhatikan biasanya akan ada barangan yang pasangan anda akan pegang dan belek banyak kali.
Kekadang beliau siap tanyakan harga lagi pada penjual tapi tetap tidak membelinya. Haaa apa kata barangan itu yang anda beli senyap senyap dan hadiahkan padanya. Tentu bertambah sayang beliau pada anda kan.

5- Barangan yang tidak pernah isteri/tunang/kekasih anda gunakan tapi anda rasa sangat sesuai dan padan bila digunakannya dan dia juga memerlukannya
Sebagai contoh, dalam pemilihan warna pakaian pasangan anda. Jika sebelum ini beliau hanya memakai pakaian yang berwarna pastel dan lembut sahaja cuba kali ini anda membeli kan nya dengan warna warna yang terang.Mungkin sebelun ini beliau berpendapat beliau tidak sesuai dengan warna tersebut tetapi hakikatnya anda tahu beliau lagi terserlah dalam pilihan warna yang anda pilih tersebut

Semoga dengan sedikit perkongsian tips ini akan dapat membantu suami suami diluar sana untuk mengembirakan hati pasangan masing-masing

Ingatlah, isteri adalah nadi dalam sebuah keluarga, jikalau gembira isteri tersebut insyaAllah akan bahagia jugalah keluarga tersebut.