);

Ramai suami yang merungut apabila isterinya bersiap lambat daripadanya apabila hendak keluar ke mana-mana. Tahukah anda kenapa sebenarnya hal ini terjadi? Di sini kami di ikeluarga.com cuba senaraikan 5 sebab mengapa hal ini terjadi.. Antaranya adalah:

Memandikan Anak
Urusan yang biasa isteri lakukan sebelum keluar. Mandikan, pakaikan baju, siapkan anak dan sebagainya.

Uruskan Barang Keperluan Anak
Selesai uruskan anak, isteri biasanya akan sibuk menyediakan keperluan anak untuk di bawa. Menyediakan bekalan susu, pakaian dan barang-barang lain yang dirasakan perlu. Kenapa hal ini, biasanya isteri yang buat, kerana kalau suruh suami mesti ada benda yang tertinggal, atau baju lain, seluar lain.

Kemas Rumah Terlebih Dahulu
Kebiasaannya sebelum meninggalkan rumah isteri akan pastikan rumah yang hendak ditinggalkan berkeadaan bersih. Pinggan mangkuk, baju, dapur, ruang tamu, akan dikemas terlebih dahulu. Ini untuk memudahkan beliau juga apabila balik nanti.

Urus Bekalan Makanan Keluarga
Bagusnya isteri ini kerana bekalan keluarga juga turut beliau sediakan. Takut anak dan suaminya kelaparan nanti. Jadi inilah masanya untuk dia tunjukkan keprihatinannya.

Urus Penampilan Diri
Yang terakhir biasanya ialah menguruskan diri sendiri. Mandi, iron baju, tudung dan sebagai. Selesai urusan itu, seterusnya bagi isteri yang pentingkan bersolek, mereka akan gunakan tambahan masa lagi untuk berhias. Kekadang masa nak cepat itulah tudung tak jadi lah apa lah kan. Jadi pada waktu ini lah kesabaran yang tinggi penting bagi suami.

Secara kesimpulannya, dengan perkongsian ini diharapkan para suami dapat memahami kenapa hal sebegini berlaku. Seharusnya janganlah disalahkan isteri sebulat-bulatnya. Apalah salahnya jika anda turut membantu apa yang sepatutnya untuk memudahkan semuanya.

Jangan lupa untuk share, dengan menekan butang di bawah..