);

Seperti yang kita tahu, keredhaan suami adalah kunci syurga bagi seorang isteri. Oleh itu, sewajibnya bagi isteri untuk melayani suaminya dengan layanan yang paling baik.

Di sini saya kongsikan 5 cara terbaik untuk menyambut kepulangan suami daripada tempat kerja.

Senyuman yang manis.
Di antara sifat isteri yang membuatkannya bertambah cantik di mata seorang suami adalah sifat riang, manis dan lembutnya. Ketika suami pulang ke rumah selepas penat bekerja dan bayangkan isteri menyambutnya dengan senyuman yang paling manis dan kata kata yang sedap didengar, Percayalah segala penat lelah seharian dia di luar tadi makin berkurang.

Persekitaran rumah yang bersih dan kemas.
Pastikan persekitaran ruang rumah anda bersih, kemas dan cantik. Tiada mainan anak anak, pakaian atau sampah yang berterabur di atas lantai. Inginkan suasana yang lagi menarik jangan lupa untuk semburkan pewangi kesukaan suami anda di dalam rumah tersebut. Tentu suami tenang menghidunya.

Penampilan yang menarik.
Walau sesibuk mana pun anda menguruskan anak di rumah, pastikan bila tiba di rumah, anda sudah bersedia denganĀ  penampilan yang menarik. Biarpun anda juga turut bekerja, dan ketika itu masih menyarung pakaian kerja, jangan bimbang cuma pastikan rambut masih tersikat rapi, muka dan badan masih bersih dan berbau wangi.

Tapi bagi isteri yang tidak berkerja, gunakanlah kesempatan yang ada untuk anda hiasi diri anda sebaiknya. Paling tidak janganlah ber tshirt atau berkain batik sahaja. Cubalah berikan kelainan sedikit setiap kali suami pulang contohnya berskirt, berlipstik sedikit untuk tatapannya. Mesti hari hari suami akan teruja setiap kali pulang.

Sediakan keperluannya
Ini perkara yang dianggap penting sebenarnya dalam kehidupan suami isteri. Bak kata orang tua tua “nak suami sayang, kena jaga perutnya”. Sebolehnya sediakan keperluannya sebelum dia pulang. Contohnya sediakan air kepadanya dan hidangkan makanan di atas meja.

Berikan masa rehat seketika padanya.
Walaupun terdapat banyak hal yang ingin anda ceritakan padanya pada hari itu cuba tahan untuk tidak terus bercerita. Biarkan suami berehat seketika. Mungkin semasa makan atau selepas solat bersama nanti anda boleh sampaikan.

Secara kesimpulannya, jika diperhatikan semua cara sambut suami ini sebenarnya adalah perkara yang kita pernah lakukan, cuma ianya mungkin tidak menjadi rutin kita seharian. Bermula daripada anda membaca artikal ini, marilah kita sama sama amalkan tips ini. Moga-moga kehidupan suami isteri, akan dapat dieratkan, dan menambah lagi perasaan sayang dan cinta yang membawa ke syurga.