);

Kini, rata-rata atau boleh dikatakan semua ibubapa mengunakan lampin pakai buang untuk anak-anak mereka. Lampin pakai buang yang biasa disebut ‘pampers’ atau ‘diapers’ merupakan pakaian yang ‘wajib ada’ buat anak-anak bagi mengelakkan kebocoran semasa melepaskan hajat.

Ia berbeza berbanding pada zaman mak ayah kita dahulu, mereka menggunakan kain lampin untuk fungsi yang sama. Pada zaman dahulu, pampers tidak digunakan oleh kebanyakkan orang kerana tidak banyak pilihan dari segi faktor harga dan jenama.

Hal ini kerana untuk lebih berhati-hati dan berjimat-cermat dalam berbelanja. Ibu bapa dahulu lebih memilih kain lampin yang boleh dibasuh dan boleh dipakaikan semula. Sebab itu, anak-anak dahulu cepat dilatih untuk ke tandas (Potty Training) dan dilatih berhenti daripada memakai lampin seawal usia 1 tahun 6 bulan (18 bulan) atau apabila mencecah umur 2 tahun agar dapat meringankan sedikit tugas si ibu.

Anak-anak dahulu ada juga dilatih untuk ke tandas (Potty Training) atau berhenti daripada memakai kain lampin apabila telah mampu bertutur walaupun pelat atau telah boleh faham arahan daripada ibubapa.

Peredaran zaman yang cepat dengan teknologi yang pelbagai, memudahkan urusan dalam mencukupkan keperluan hidup. Sekarang tidak perlu bersusah-payah lagi, lampin pakai buang lebih mudah untuk didapati, lebih cepat dan banyak pilihan dari segi harga dan jenama.

Lampin kini mempunyai pelbagai jenama, harga dan saiz. Bermula dari saiz newborn untuk bayi yang baru lahir (NB) sehinggalah kepada saiz triple XL (XXXL). Daripada yang berjenama mahal sehinggalah kepada yang berjenama murah. Pilihan terbentang luas, ibubapa kini lebih banyak pilihan berbanding dahulu.

Demikian, jangan terkejut, realitinya ada segelintir anak-anak sekarang yang sudah mencecah usia 4 hingga 6 tahun masih lagi dipakaikan lampin pakai buang ini! Atau pada usia ini mereka baru sahaja hendak dilatih untuk ke tandas (potty training). Potty training bukanlah satu proses yang mudah bagi ibubapa yang sering sibuk, ditambah pula ia merupakan proses yang memerlukan kesabaran yang tinggi dan mendidik istiqamah yang berterusan.

Semak 10 tips ini untuk anak potty training dan berhenti daripada pakai lampin:

 

  • Tetapkan matlamat dan teguhkan pendirian.

Tetapkan matlamat dan teguhkan pendirian untuk melakukan potty training dengan anak. Jadikan potty training ini sebagai satu misi/projek/program yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh agar akhirnya misi bebas pampers ini berjaya.

Berikan beberapa tempoh dan waktu, contohnya setiap hujung minggu, atau setiap kali cuti umum bagi ibubapa yang bekerja, manakala bagi ibu yang tidak bekerja pula lebih mudah untuk menetapkan potty training ini kepada beberapa tempoh waktu secara berterusan contohnya selama seminggu, 2 minggu atau selama kurang daripada 30 hari (sebulan atau kurang sebulan).

Cuba tulis dan tampal matlamat misi potty training di tempat yang mudah dilihat agar sentiasa ingat untuk terus berusaha kearah anak berhenti daripada memakai pampers. Contohnya letakkan target/ matlamat seperti ‘Sebelum balik cuti hujung tahun di kampung, anak sudah tidak pakai pampers lagi’

  • Kerjasama daripada kedua-dua pasangan.

Potty training ini sukar mendapat hasil jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada kedua-dua pasangan. Rancang, bincang dan atur dengan pasangan untuk lebih bersedia. Kedua-dua pasangan perlu saling sokong-menyokong dan tolong-menolong antara satu sama lain kerana akan ada proses anak yang terkucil dan tidak sempat untuk berlari ke tandas, terutamanya pada hari pertama atau pada peringkat awal potty training dilakukan.

Jadi, kerjasama daripada pasangan boleh membantu meringankan beban apabila perkara-perkara seperti mengelap, membasuh, tidak marah-marah apabila berhadapan dengan situasi luar jangka dan sebagainya.

Kerjasama juga boleh terjadi dalam bentuk sokongan moral dan motivasi secara lisan atau sekurang-kurangnya tidak menambahkan beban kerja untuk pasangan yang sedang melakukan potty training ini kepada anak.

Seelok-eloknya biarlah potty training ini dilakukan bersama-sama pasangan kerana ini mempengaruhi psikologi anak terhadap sokongan dan kesungguhan yang dapat dilihat daripada pihak ayah dan ibu mereka. Secara tidak lansung, misi untuk tidak memakai pampers akan lebih mudah dan segera tercapai.

Namun, jika pasangan kurang melibatkan diri dalam potty training ini, jangan berputus asa, teruskan usaha dan beri penjelasan agar pasangan hormat dan faham akan potty training sedang dilakukan terhadap anaknya sendiri.

  • Lakukan Persediaan.

Persediaan yang dilakukan adalah untuk memudahkan pasangan bagi mengatasi perkara-perkara diluar jangka. Contohnya: jika lantai rumah dialasi carpet atau tikar dari jenis kain, pastikan simpan dahulu carpet atau tikar tersebut buat sementara waktu, agar mudah untuk mengelap dan mencuci lantai apabila anak secara tidak sengaja terkucil atau terberak di atas lantai.

Belikan peralatan yang sesuai untuk anak yang sedang di dalam potty training seperti ‘adapter seat.’ Ia terdiri daripada pelbagai saiz dan corak. Peralatan yang sesuai dan cantik,dapat menarik minat dan keterujaan anak untuk ke tandas.

  • Komunikasi yang jelas dengan anak.

Berikan penerangan yang jelas tentang mengapa anak-anak harus potty training, nyatakan sebab-sebab tidak perlu lagi memakai pampers, kelebihan jika tidak memakai pampers serta beritahu target yang sama kepada anak.

Pada hari pertama atau pada peringkat awal, mungkin agak rumit sedikit untuk anak memahami, tetapi apabila dijelaskan dalam keadaan yang tenang dan santai berkali-kali.

In Syaa Allah, anak akan boleh dapat menangkap dan memahami bahawa mereka semakin membesar, harus ke sekolah tidak lama lagi dan mereka harus percaya diri bahawa mereka tidak perlu lagi bergantung kepada pampers apabila hendak melepaskan hajat.

  • Mengatur Waktu ke tandas.

Lihat pada waktu jam berapa anak-anak bermula tidak memakai pampers, hal ini memudahkan ibubapa untuk mengatur waktu anak ke tandas samaada setiap 20 minit atau setiap 30 minit.

Walaupun anak tidak mahu ke tandas, tetapi bawa sahaja mereka ke tandas mengikut aturan waktu yang dijadualkan agar mereka tahu dan belajar. Disamping itu, ajarkan anak adab-adab masuk ke tandas, ajarkan anak untuk duduk atau cangkung kemudian ajarkan juga cara membasuh.

Pada peringkat awal, mungkin anak-anak kurang selesa dalam keadaan tidak memakai pampers, dan ada juga sehingga anak-anak ini menahan diri daripada tidak mahu melepaskan hajat sehingga dipakaikan semula pampers.

Ada juga yang tidak sedar bahawa mereka sudah terkucil secara tidak sengaja kerana terlupa tidak memakai pampers. Maka, aturkan jadual dan bawa mereka ke tandas supaya mereka belajar dan dapat mengingati yang mereka harus ke tandas untuk melepaskan hajat.

  • Parents Mind Setting.

Mind set ibubapa amat penting, ini bagi memberi sokongan, kepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan anak mereka yang memang boleh untuk berhenti daripada memakai pampers.

Mind setting ibubapa mempengaruhi sikap-sikap yang positif sepanjang ibubapa melatih anak-anak untuk potty train. Antara sikap-sikap positif yang patut ada sepanjang anak-anak sedang berlatih tidak memakai pampers seperti sikap sabar, yakin pada kemampuan anak.

Yakin pada diri sendiri yang ibubapa mampu melatih anak, sentiasa memberi semangat, sokongan dan nasihat pada anak, istiqamah (konsisten), lalui dengan penuh ceria dan gembira agar tidak bosan dan tertekan serta ambil pendekatan yang tenang dalam apa jua situasi yang bakal berlaku.

Elakkan daripada sikap memarahi anak yang sedang potty train, hal ini boleh mengundang emosi kurang yakin diri anak, sekaligus boleh menggagalkan misi anda kerana anak takut dimarahi apabila mereka terlupa untuk ke tandas.

  • Tanya setiap 1-2 jam.

Bertanya pada anak untuk setiap 1-2 jam sekali, hal ini agar mereka tidak leka dengan dunia mereka sendiri, sehingga terlupa yang tanggungjawab mereka harus ke tandas apabila ada rasa untuk melepaskan hajat.

  • Ambil dan cari setiap peluang yang ada.

Sama ada yang bekerja atau tidak bekerja, ibubapa harus mencari peluang dan masa yang ada untuk melatih anak supaya bebas pampers. Biasanya ambillah peluang pada hari cuti agar kedua-dua pasangan dapat bekerjasama dalam melaksanakan potty training pada anak.

  • Beri Ganjaran.

Semua orang didunia ini ingin dihargai termasuklah anak yang masih kecil. Walaupun mereka masih kecil, tetapi penghargaan dan ucapan terima kasih yang kita ucapkan kepada anak-anak dapat rasai dan boleh difahami oleh mereka.

Peluk dan ucapkanlah terima kasih setiap kali mereka berjaya melepaskan hajat di tandas. Mungkin itu dilihat sebagai kejayaan yang kecil oleh kita, tetapi besar bagi mereka yang masih baru hendak beradaptasi.

Sebagai tanda penghargaan, boleh juga di beri hadiah iaitu ganjaran terhadap kerjasama dan kesungguhan anak yang telah berjaya berhenti memakai pampers. Barulah anak-anak berasa berbaloi atas usaha, kesungguhan dan kerjasama yang diberikan kepada ibubapa mereka.

Tidak lupa juga, berilah reward pada diri sendiri kerana berjaya menahan amarah, bersikap sabar dan bertindak tenang sepanjang melaksanakan misi anak bebas pampers.

  • Tawakal semasa sedang berusaha.

Apa sahaja yang kita lakukan, harus dimulakan dengan niat, usaha dan berdoa bersungguh-sungguh. Berdoalah pada yang Khalik kerana segala-galanya adalah atas keizinan daripadaNya.

Bukan senang untuk melatih anak ke tandas dan berhenti daripada memakai pampers, jadi semasa dalam proses potty training ini, ibubapa harus terus berusaha disamping berdoa agar masa yang diperuntukkan tidak sia-sia, agar anak dan ibubapa tidak cepat putus asa dan paling penting agar proses ini diizinkan ALLAH dan diakhiri dengan kejayaan.