Apa pun permintaan anak-anak sebolehnya akan aku tunaikan selagi ianya tidak memudaratkan dirinya. Tambahan lagi jikalau permintaannya itu berbentuk makanan atau barangan keperluan untuknya belajar.
Jadi untuk hari ini, permintaan anakanda yang sulung selepas balik sekolah ialah kuih ini. Katanya dah lama tak makan
Nak beli rasa tak berpadanan pulak… ya la ekonomi sekarang kan…RM1. 00 pun dapat berapa butir je…jadinya memang tak puas sangat nak makan.. makanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada.. maka terhasillah…
Pernah dengar tak kata orang bila mamanya buat dengan kasih sayang.. insyaAllah yang makannya juga pasti bertambah-tambah sayangkan….hihi
jom kita tengok resepi yang mudah dan sedap ni.
KASWI PANDAN
BAHAN-BAHAN
Daun pandan
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
4 cawan air
Kapur makan
2 cawan gula(ikut kemanisan )
Pewarna hijau
Garam
CARA MEMBUATNYA:
1) Blanderkan Daun pandan(ambil airnya)
2) Dlm bekas lain. .Masukan tepung gandum & tepung beras.
3) Tepung gandum &Tepung beras dicampurkan dengan 4 cawan air(air daun pandan)
4)Bila aduan tadi sudah sebati masukkan gula,air kapur,pewarna hijau & garam. .kacau sehingga sebati.
5) Untuk penghasilan yang lebih sebati, masukkan dalam blender (mesin kisar) & blend.
(Bancuhan jangan terlalu cair.)
6) Akhir sekali, adunan tadi masukkan dalam loyang/acuan &kukus 20 -25 minit.
7) Hidangkan bersama kelapa parut dan digaul dgn garam.
Siap! nikmati sebagai sarapan atau minum petang bersama keluarga tersayang memang sedap.
Untuk anakanda mama, makannya memang berselera sangat. Hilang rasa kepenatan memasak apabila melihat seleranya anakanda menjamu selera
Siap minta mamanya buatkan lagi nak bawa ke sekolah. Katanya mahu kawan-kawannya rasa masakan mamanya yang sedap ni. Aduyai anak makin besar makin pandai nak ambil hati mamanya kan. InsyaAllah anak yang penting kamu selera untuk makan