);

Menjadi suami dan isteri yang bahagia sememangnya menjadi impian dan harapan setiap insan yang sudah berkahwin

Seperti mana bahagianya kisah hidup Nabi kita Nabi Muhammad s. w. t bersama isteri-isterinya begitu juga la kita umatnya yang sememangnya mendambarkan kebahagiaan yang sebegitu

Justeru itu, pelbagai cara dan amalan yang perlu kita praktikkan untuk mencapai kebahagian antara suami dan isteri

Berikut adalah 7 amalan yang biasa dilupai oleh suami isteri untuk dilaksanakan

1-Menjaga hubungan dengan Allah swt

Menjaga hubungan dengan Pencipta bermaksud melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Contohnya sentiasa melakukan perkara-perkara wajib seperti solat, berpuasa, berbuat baik kepada semua mahkluk dan menjauhi perkara-perkara maksiat, buruk dan sebagainya. Dengan ini, insyaAllah Allah swt juga akan menjaga hubungan kita suami isteri.

2-Solat berjemaah di awal waktu

Di dalam Islam, seperti yang termaktub di dalam Al-Quran Solat merupakan tiang agama. Allah swt menjanjikan barang siapa yang menjaga solatnya di awal waktu malaikat akan mengangkat segala doanya terus ke langit. Maknanya segala permintaan kita mudah dimakbulkan Allah swt.

Dengan cara ini, kita boleh mengambil peluang ini untuk sama-sama bermohon supaya Allah sentiasa menjaga hubungan kita suami isteri. Mohon supaya Allah sentiasa mengekalkan rasa kasih dan sayang di dalam diri pasangan masing-masing hingga ke syurga.

Untuk pasangan yang berkerjaya kemungkinan untuk solat berjemaah bersama 5 waktu agak sukar, namun ia bukan menjadi penghalang untuk langsung tidak melakukan solat berjemaah ketika mana waktu malam atau cuti.

3- Amalan berterima kasih antara suami isteri.

Dengan sekecil-kecil ucapan “terima kasih” sebenarnya boleh mengubah segala yang besar dalam hubungan suami isteri. Ucapan ini boleh meredakan rasa orang sedang marah, boleh menambat semula hati orang yang sedang merajuk dan sebagainya.

Bayangkan bila suami balik dari kerja dengan kepenatan, isteri sambut dengan ucapan “terima kasih” abang/B/sayang/ucuk dan sebagainya.. dengan dihulurkan air segelas kepada suami… daripada rasa kepenatan tadi nescaya akan berkurang rasanya itu selepas mendengar ucapan ikhlas dari isterinya tadi

4- Budaya bantu membantu sesama pasangan

Dalam Islam sebenarnya tugas mencari rezeki, menjaga anak, menguruskan rumahtangga dan sebagainya itu adalah tugas seorang suami bukannya isteri. Jadi tugas isteri apa pulak ya? tugas isteri sebenarnya hanyalah melayan suaminya sahaja.

Tapi apa yang kita biasa lihat dalam masyarakat kita sekarang sangatlah berbeza . Tugas suami mencari rezeki, manakala urusan anak-anak, pengurusan rumah tangga kebanyakan dibuat oleh isteri. Hal ini terjadi bila mana si isteri sendiri yang rela hati menghulurkan bantuan untuk membantu suaminya yang kononnya sudah penat mencari rezeki.

Justeru itu, adalah sangat bagus jikalau semua tugasan dirumah itu suami boleh turut bantu dikala hujung minggu kan..dengan bantuan ini sebenarnya dapat merapatkan lagi hubungan suami dan isteri.

Bayangkan sama-sama tolong menolong, itu kan lagi nampak romantik gitu kan. Isteri dah masak, suami cucikan pinggan mangkuk, isteri mandikan anak suami pakaikan baju mereka. Isteri mengemas rumah suami turut menbantu mengemas. Wah sangat-sangat sweet kn.

5- Mengingati tarikh-tarikh penting suami dan isteri

Mengingati tarikh-tarikh penting dalam hubungan suami isteri adalah sangat penting. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa pentingnya pasangan anda kepada anda justeru tarikh-tarikh yang bermakna baginya turut anda ingati.

Bagi isteri sebenarnya memadailah dengan ucapan “Selamat Hari Lahir Sayang”, “Selamat Hari Ibu Sayang” itu pun cukup mengembirakan hati mereka

Bukan semestinya perlu diberikan hadiah yang mahal-mahal.. celebrate di tempat yang mahal-mahal bahkan cukup lah dengan ucapan ingatan daripada si suami or isteri.. tapi bagi yang mampu buat pelbagai lagi itu adalah bonus

6- Ungkapan maaf kepada pasangan

Amalkan ungkapan “maafkan saya”, “saya minta maaf” kepada pasangan anda terutamanya sebelum tidur. Halalkan dan maafkan segala yang berlaku pada hari tersebut dan sama-sama berjanji untuk menjadi yang lebih baik apabila bangun keesokkan harinya. Amalan ini jika diamalkan dapat membantu untuk memupuk lebih perasaan hormat dan kasih kepada pasangan anda. Tak percaya? Amalkanlah

7- “We time” berdua suami isteri

Biasa yang kita dengar “me time” tapi yang ini saya perkenalkan “we time” suami isteri kepada anda. Apa itu “we time”?Masa berdua untuk anda suami dan isteri.

Tidak semestinya anda perlu keluar berjam-jam bersama pasangan tapi cukuplah anda spend kan masa 1-2 jam untuk anda dan pasangan bersembang, berjenaka, berkongsi cerita hal-hal yang berlaku pada hari tersebut

Ini juga dapat memupuk perasaan cinta dan kasih sayang antara anda

Semoga 7 amalan yang saya kongsikan ini dapat menjadikan hubungan suami isteri diluar sana bertambah bahagia.
I love my family.