);

Tahukah anda, travel atau dalam kata lainnya bermaksud “bercuti” bersama anak kecil ini sebenarnya memerlukan persiapan yang sangat rapi . Ini bagi mengelakkan pelbagai hal yang tidak dijangka berlaku dikemudiannya.

Maklumlah, jika ada perkara yang tertinggal, ia pasti mengusarkan si ibu. Oleh itu iKeluarga akan memberikan sedikit tips dan panduan untuk anda dalam memastikan segala persiapan dalam keadaan sempurna.

Berikut adalah 6 persiapan yang perlu ibu pastikan apabila travel bersama anak kecil

1- Kelengkapan pakaian
Pastikan semua kelengkapan pakaian anak kecil sudah mencukupi . Inginkan lebih mudah, ibu sudah sedia asingkan pakaian untuk hari ini, esok, lusa dan seterusnya. Pastikan juga lampin pakai buang, kain tuala, nipkin, topi, sarung tangan dan kaki bayi anda sudah di masukkan sekali.

2- Ubat – ubatan
Ini kebanyakan yang selalu ibu bapa terlupa. Ubat-ubatan ini sangat penting kerana sebarang masalah yang akan timbul semasa bercuti nanti kita tidak jangka, kemungkinan anak kita demam, terjatuh, tercedera ringan semasa travel dengan itu ibu boleh menggunakan ubat-ubatan yang di bawa terlebih dahulu sebagai langkah awal sebelum rujuk kepada klinik atau hospital jika berkeperluan.

3- Bekalan makanan bayi & botol susu
Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu memastikan makanan bayi anda dibawa bersama semasa travel. Pastikan juga botol susu dan susunya sudah dimasukkan di dalam beg. Justeru bagi ibu bapa yang bercuti jauh. Anak anda tentu akan kelaparan sewaktu dalam perjalanan nanti so waktu itulah anda boleh menggunakan bekalan makanan yang anda bawa tadi.

4- Stroller dan carrier bag
Bergantung kepada usia anak anda untuk tentukan stroller atau carrier bag yang sesuai digunakan.Berapa usia anak anda? 6bulan-1 tahun? 2-3tahun? Kebanyakan untuk anak yang masih kecil kami cadangkan carrier bag untuk memudahkan perjalanan nanti. Al maklumlah bayi kecil ini kebanyakan susah untuk berjauhan dengan ibunya. Justeru itu, dengan carrier bag bayi kecil anda akan lebih selesa di dakapan ibunya. Tetapi jikalau kedua-duanya anda bawa, itu adalah lagi terbaik. Standby untuk bergilir digunakan. This is more better. Just be prepared!

5- Tisu basah
Secara umumnya jika didengar seperti tidak diperlukan sangat kan? Haa itu adalah tanggapan yang salah. Terdapat pelbagai kegunaan tisu basah ini kepada kita. Contohnya untuk anak yang besar boleh dibuat lap mulut yang comot, tangan yang kotor, dan sebagainya. Manakala untuk anak yang
kecil boleh digunakan semasa menyalin lampin dan sebagainya.

6- Buku & alatan permainan
Ini untuk mengelakkan daripada anak anda keboringan atau dengan kata lain menangis, mengamuk kerana kepenatan dan sebagainya.

Dengan alat permainan itu tadi, anak anda akan terhibur seketika sebelum dia tertidur. Manakala untuk anak yang sudah besar bolehlah diberikan buku yang disukainya untuk diwarna atau dibacanya.

Secara kesimpulannya, travel bersama anak kecil ini bukanlah sesuatu yang sangat memenatkan jikalau ibu bapa pandai membuat persediaannya. Namun apa yang akan terjadi semasa travel nanti, hadapilah dengan bijak dan tenang,gunakan 6 tips persiapan yang kami kongsikan ini. Semoga percutian anda beroleh keseronokan.

Semoga bermanfaat!