);

Menjadi suami isteri yang kekal bahagia, kasih mengasihi dan sayang menyayangi hingga ke hujung nyawa adalah impian setiap insan yang sudah berkahwin atau pun yang akan berkahwin.

Oleh itu, sewajarnya untuk memastikan hubungan suami isteri kekal mewangi selamanya adalah lebih baik sekiranya pasangan sering melakukan “surprise” atau dengan kata lainnya “kejutan” terutamanya pada hari-hari istimewanya.

Jom ikuti perkongsian 5 kejutan buat suami pada hari jadinya

1-Candle light dinner
Antara kejutan pertama yang isteri boleh lakukan adalah dengan merancang candle light dinner untuk suami anda. Candle light dinner ini boleh dilakukan oleh isteri di rumah atau di tempat-tempat yang boleh mengembirakan suami anda seperti di tepi pantai, di restoran-restoran, di hotel atau sebagainya.

2-Kiriman hadiah, bunga & coklat
Selain daripada itu, dengan kecanggihan teknologi yang ada di zaman kini, anda juga boleh merancang membuat kejutan kepada suami dengan membuat pesanan hadiah, bunga atau pun coklat dengan hanya melalui whatsapp, Facebook , Istagram dan sebagainya.
Dengan itu, hanya dengan di hujung jari sahaja anda sudah dapat membuat kejutan kepada suami tersayang

3-Hiasi bilik, ruang rumah dengan bunga dan belon
Untuk isteri yang lebih gemar membuat kejutan sendiri anda boleh memulakannya di rumah. Hiasi bilik tidur dan seluruh kawasan di dalam rumah anda dengan bunga-buangan , belon dan hiasan yang menarik sebagai kejutan kepada suami anda.
Bayangkan apabila suami bangun daripada tidur dan melihat persekitaran yang menarik itu semestinya dia akan gembira dan terkejut right? cubalah..

4-Pakej percutian
Bagi suami yang sukakan percutian, ini adalah salah satu kejutan yang pasti mengembirakan beliau. Hadiahkan tiket pakej percutian ini untuk dia dan anda. Seterusnya nikmatilah percutiaan tersebut sebaiknya.

5- “Nota cinta”
“Nota cinta”?? Ya, salah satu kejutan yang mungkin dan jarang dibuat pada zaman kini. Kan lebih “sweet” jikalau perkara yang jarang dilakukan itu dibuat pada hari-hari yang istimewa ini kan.

Selitkan “nota cinta” ini disetiap barang yang suami anda akan pegang atau ambil sebelum ke tempat kerja. Contohnya di cermin meja solek, di dalam beg kerjanya atau di cermin dalam keretanya. Bayangkan reaksi apabila dia terbaca, tentunya dia akan tersenyum kan.

6- Mainan “barang tersembunyi”
Sekali sekala buatkan permainan “barang tersembunyi” ini untuk suami anda. Seterusnya mulakan dengan membuat nota atau penunjuk arah untuk suami anda ikuti. Nota dan penunjuk arah ini anda letakkan di tempat – tempat yang tersembunyi. Dan di akhir nota dan penunjuk arah ini barulah anda letakkan kad ucapan hari jadinya dan berserta hadiahnya. Tentunya seronok melihat gelagatnya nanti kan.

Semoga dengan semua kejutan ini dapat mengembirakan dan menyinari kehidupan anda suami isteri. Ingat, rumahtangga yang bahagia bermula daripada suami isteri yang saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Semoga kita sentiasa menjadi isteri yang selalu mengembirakan hati suami tersayang, insyaAllah

Semoga bermanfaat!!