);

KURUS.. adalah satu sifat fizikal tubuh badan yang selalu diidamkan oleh setiap orang baik lelaki mahu pun perempuan.
Namun untuk kekal kurus, langsing dan sihat adalah perkara yang tidak semua orang boleh mengekalkannya.

Oleh itu, penjagaan pemakanan yang sihat adalah sangat penting untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa kurus dan sihat . Jom kita ikuti beberapa tips untuk kurus secara semulajadi seperti di bawah :-

10 tips kurus dan sihat secara semulajadi

1- Set minda dan fokus utama
Set minda dan fokus utama anda untuk kurus. Lagi bagus jikalau anda sudah ada target masa untuk anda dapat berat ideal anda. Dengan ini apapun yang anda buat atau makan anda akan lebih berhati-hati. Contohnya, dari berat asal 75kg anda target 8 bulan dari sekarang berat anda 56kg. Dengan itu anda akan fokus pada target anda untuk berjaya.

2- Elakkan makanan bergula
Elakkan pengambilan makanan bergula contohnya kek, coklat, ais krim, makanan ringan, makanan segera dan sebagainya. Gantikan dengan makanan yang rendah kandungan gulanya seperti buahan dan sayuran.

4- Elakkan makanan berminyak
Pengambilan makanan berminyak sebenarnya adalah tinggi kolestrolnya. Jadi ianya harus dielakkan sama sekali. Sebagai contoh makanan yang tinggi kolestrolnya adalah makanan bergoreng, pisang goreng dan lain-lain. Adalah yang terbaik jika anda gantikannya dengan makanan yang direbus, di grill dan dibakar.

5- Elakkan minuman bergula
Minuman bergula juga harus dielakkan untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Contohnya air gas, air kotak dan air manis yang dibancuh sendiri.

6- Banyakkan pengambilan air kosong
Pengambilan air kosong adalah sangat penting untuk tubuh badan manusia. Ini kerana air kosong merupakan pelawasan yang terbaik untuk individu yang sukar hadam. Untuk dewasa normal anda memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong dalam sehari.

7- Kerapkan aktiviti berjalan atau berlari
Lakukan aktiviti berjalan atau berlari sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ini untuk memastikan kalori dalam makanan yang telah diambil dapat dicernakan menjadi tenaga bukannya menjadi lemak semata-mata.

8- Elakkan pengambilan makanan berat selepas jam 6 petang
Perlu diingatkan bahawa pengambilan makanan berat selepas jam 6 petang adalah tidak digalakkan. Ini kerana pada waktu malam kalori dalam tubuh badan susah untuk terbakar kerana tiada sebarang aktiviti berat yang kita lakukan. Berbeza dengan waktu pagi dan tengahari yang mana banyak tenaga kita digunakan pada waktu tersebut.

9-Makan dalam kuantiti yang sedikit
Seterusnya, perlu diingatkan juga bahawa makan dengan kerap sebenarnya tidak menjadikan anda gemuk tetapi mestilah dalam kuantiti yang sedikit.

10- Istiqamah dalam tujuan “nak kurus”
Istiqamah iaitu dalam kata lainnya tetap pendirian untuk terus menjadi kurus dan sihat. Dalam apa jua yang kita lakukan seharian perlu diingati tujuan utama kita untuk kurus. Dengan itu, insyaAllah setiap apa yang kita lakukan dan amalkan pasti berbalik pada tujuan asal kita.

Secara kesimpulannya, ingatlah untuk berjaya perlukan pengorbanan dan juga kesungguhan. Oleh itu, gunakan tips ini sebagai panduan untuk mencapai tubuh badan impian anda. Ingat tanpa usaha, kejayaan tidak akan kita kecapi.